Hari ini masa yang diluangkan oleh pemain-pemain Lotus FC agak tidak memuaskan ini kerana kapten kami, Abdul Hadi terlewat mengumpulkan kami semua untuk sesi latihan. Walaupun begitu, kami tetap meneruskan latihan dengan menggunakan bola yang baru (dibeli semalam) Nike Seitiro Hi-Vis. Kami melakukan beberapa tricks dan strategi untuk melepasi benteng pertahanan dan ternyata barisan pertahanan dan seragan kami hampir mantap disebabkan kami masih perlu mencari tempo dan keserasian dalam strategi baru ini. Kami perlu mencari pengganti kepada pemain tengah dan untuk penjaga gol. Fadhil nampaknya agak bimbang sekiranya dia tercedera (sepertimana yang berlaku pada tahun lepas) adakah orang yang boleh menjadi golkeeper kerana dialah satu-satunya golkeeper kami,,,sekian saja post kami untuk waktu ini..sambung di kemudian hari